top of page
Search

PERLUKAH WANITA HAMIL BERPUASA RAMADAN?

Apr 16, 2020
5 min read

Updated: Mar 23, 2023




Adakah Berpuasa Selamat Untuk Bayi Kandungan?


Banyak kajian telah dijalankan, tetapi tiada jawapan yang tepat sama ada berpuasa adalah selamat untuk wanita hamil dan bayi kandungan.


Untuk wanita hamil, undang-undang Islam tidak mewajibkan mereka berpuasa. Mereka boleh menggantikan puasa kemudian, atau melakukan fidyah, iaitu satu cara untuk mengimbangi puasa terlepas dalam bentuk makanan atau bayaran (sila rujuk Jabatan Agama berdekatan).


Walau bagaimanapun, jika wanita hamil ingin berpuasa, ianya adalah selamat untuk wanita dan bayi kandungan sekiranya mereka sihat dan tiada masalah kehamilan.

Sekiranya wanita hamil tidak berasa sihat untuk berpuasa, atau bimbang tentang kesihatan mereka atau kesihatan bayi mereka, wanita hamil perlu berbincang dengan pakar OBGYN dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan sebelum memutuskan untuk berpuasa.


Sekiranya bulan Ramadan jatuh dalam musim panas/kemarau, hari siang sangat panjang dan panas menyebabkan wanita hamil lebih berisiko tinggi mengalami dehidrasi.




Apakah Hasil Kajian Terhadap Wanita Hamil Berpuasa Ramadan?


Beberapa kajian menunjukkan sedikit atau tiada kesan pada bayi yang baru lahir yang ibu berpuasa semasa hamil. 

Antara hasil kajian :


• The Apgar skor bayi wanita yang berpuasa semasa hamil adalah tidak berbeza dari bayi wanita yang tidak berpuasa.

• Berpuasa semasa hamil boleh menyebabkan bayi yang mempunyai berat lahir yang lebih ringan, terutamanya jika puasa itu berlaku dalam trimester pertama. Walau bagaimanapun, kajian lain mendapati perbezaan dalam berat lahir sangat kecil dan tidak signifikan.

• Bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang berpuasa sama ada semasa hamil atau pada masa konsepsi mempunyai tumbesaran yang kecil. Tetapi perbezaan ini adalah sangat kecil dan tidak signifikan.

• Terdapat perbezaan bahan kimia dalam darah apabila wanita hamil berpuasa berbanding dengan wanita hamil tidak berpuasa. Tetapi perubahan tidak berbahaya kepada mereka dan bayi kandungan.   

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Wanita Hamil Jika Berpuasa di Bulan Ramadan?


Lazimnya, sekiranya wanita hamil mempunyai berat badan dan gaya hidup yang sihat, mereka akan dapat berpuasa Ramadan dengan lebih baik dan berjaya.  Ini kerana bayi kandungan merupakan ‘parasit’ yang memerlukan nutrisi yang cukup dari wanita hamil. Wanita hamil yang sihat mempunyai simpanan nutrisi dan tenaga yang cukup tidak mempunyai kesan yang besar ketika berpuasa.   

Keadaan kesihatan wanita hamil yang berpuasa Ramadan bergantung kepada;  

• kesihatan sebelum hamil

• peringkat kematangan kehamilan

• tempoh masa berpuasa pada siang hari


Berpuasa Ramadan di musim panas/kemarau mungkin lebih mencabar berbanding berpuasa di musim sejuk/hujan kerana waktu siang yang panjang dan suhu yang lebih panas.    




Ramaikah Wanita Hamil Berpuasa Ramadan?

Menurut beberapa kajian, kira-kira tiga perempat (75%) daripada wanita Islam yang hamil seluruh dunia memilih untuk berpuasa Ramadan. Tetapi semua orang mempunyai cara mereka sendiri untuk menghadapi puasa Ramadan.

Kebanyakan ulamak mengatakan bahawa wanita perlu berpuasa jika cukup sihat untuk berbuat demikian. Tetapi mereka juga mengatakan bahawa jika wanita hamil tidak sihat, mereka tidak wajib berpuasa. Wanita hamil tidak patut mengabaikan kebenaran khas ini jika merasa kurang sihat, atau jika mereka takut puasa yang boleh membahayakan diri sendiri atau bayi kandungan.



Persediaan Berpuasa Ramadan


Merancang lebih awal untuk memudahkan ibadah puasa pada bulan Ramadan:

• Berbincang dengan pakar OBGYN, lakukan pemeriksaan kesihatan dan lakukan saringan komplikasi hamil seperti anaemia (kurang darah merah), kencing manis (gestational diabetes mellitus) dan darah tinggi (pregnancy-induced hypertension, PIH).  


Wanita hamil yang mempunyai komplikasi penyakit lain mungkin memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap untuk  memantau keadaan kehamilan. Biasanya, wanita hamil yang mempunyai kencing manis yang hanya memerlukan kawalan diet (gestational diabetes on diet control) atau keadaan darah tinggi yang sederhana (mild PIH)  dapat menjalankan ibadah puasa Ramadan tanpa masalah beasar.


Walau bagaimanapun, wanita hamil yang mempunyai kencing manis yang memerlukan insulin atau keadaan PIH yang memerlukan ubat darah tinggi, mereka biasanya tidak digalakkan untuk berpuasa Ramadan kerana kesukaran mengawal keadaan penyakit mereka.

• Wanita yang suka minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan kola, mereka perlu mengurangkan minuman ini ketika hamil dan berpuasa untuk mengurangkan risiko ketagihan dan mencegah sakit kepala ketika berpuasa. Wanita hamil tidak boleh minum lebih 200mg kafein sehari, iaitu kira-kira dua cawan kopi segera. Minuman berkafein juga menyebabkan dehidrasi kerana pengeluaran kencing yang banyak.

• Berbincang dengan majikan mengenai menguruskan kerja semasa Ramadan, sama ada dengan mengurangkan waktu kerja atau mempunyai rehat tambahan dan lebih kerap.

• Bincang dengan pakar OBGYN atau pakar diet mengenai diet ketika berpuasa. Diari pemakanan mungkin penting untuk wanita hamil tahu apa yang dia makan dan minum untuk memastikan mereka memperolehi makanan yang sihat dan seimbang.




Tanda-tanda Wanita Hamil Tidak Sihat Ketika Berpuasa


• Penambahan berat badan yang tidak cukup atau kekurangan berat badan ketika berpuasa

• Kerap haus, kencing yang kurang kerap, warna kencing yang sangat pekat/gelap dan berbau.  Ini adalah tanda-tanda dehidrasi, dan menyebabkan wanita hamil lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing (UTI) atau komplikasi lain.

• Sakit kepala ketika bangun, berjalan, berdiri atau sakit lain, atau demam.

• Loya atau mula muntah.

Hubungi Klinik/Hospital jika;


• Terdapat perubahan ketara dalam pergerakan bayi, seperti jika bayi tidak bergerak atau tidak aktif.

• Sakit seperti kontraksi. Ini mungkin tanda-tanda kelahiran pramatang.

• Pening, pengsan, lemah, keliru atau letih, walaupun selepas wanita hamil mempunyai rehat yang cukup. Berbuka puasa dengan segera dan minum air yang manis dan bernutrisi, atau larutan rehidrasi.

TIPS UNTUK BERPUASA RAMADAN DENGAN LEBIH MUDAH DAN BERJAYA


• Bertenang dan mengelakkan keadaan tertekan. Perubahan dalam rutin harian, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan. Wanita hamil yang berpuasa pada bulan Ramadan didapati mempunyai tahap hormone stress kortisol yang lebih tinggi dalam darah mereka berbanding wanita yang tidak berpuasa.

• Ambil perkara-perkara yang mudah dan menerima bantuan apabila ia ditawarkan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan tidur lewat, wanita hamil perlu untuk memastikan ibadah puasa Ramadan ini lebih tenang.

• Minta keluarga atau rakan-rakan yang telah berpuasa ketika sedang hamil untuk tips dan cadangan.

• Berehat di tempat sejuk kerana wanita hamil mungkin mengalami dehidrasi dengan cepat, yang tidak baik untuk diri sendiri atau bayi.

• Rancang kerja-kerja seharian supaya wanita hamil boleh rancang rehat yang lebih kerap dan cukup.

• Cuba untuk tidak berjalan jauh atau membawa apa-apa barang berat.

• Kurangkan kerja rumah yang boleh menyebabkan cepat penat.



TIPS UNTUK BERBUKA PUASA DAN SAHUR RAMADAN


Pilihlah makanan yang sihat ketika berbuka, makan snek (yang sihat) sebelum tidur dan minumlah dengan banyak ketika sahur.

Pastikan wanita hamil tidak lupa bersahur, jika perlu setkan jam penggera supaya dapat bangun untuk bersahur. Sahur pada waktu yang lambat dan hampir subuh.

• Pilih makanan yang membebaskan tenaga secara perlahan-lahan. Karbohidrat kompleks, seperti bijirin penuh dan makanan tinggi serat seperti kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan membantu untuk membuat wanita hamil sentiasa bertenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.

• Elakkan mempunyai banyak makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat. Paras gula dalam darah ini kemudiannya boleh turun dengan cepat, yang boleh membuat wanita hamil rasa mahu pengsan dan pening.

• Pilih makanan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang kuda daripada makanan tinggi lemak.

• Pastikan wanita hamil mendapat banyak protein daripada kacang, kekacang, daging yang dimasak dan telur. Ini akan membantu bayi membesar dengan baik.

• Cuba minum kira-kira 1.5- 2 liter air atau cecair dari waktu buka hingga waktu sahur. Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Kafein membuatkan wanita hamil kehilangan lebih banyak air apabila kencing, menyebabkan wanita hamil lebih cenderung untuk menjadi dehidrasi, terutamanya jika cuaca panas.




PERLUKAH WANITA HAMIL BERPUASA?


Bincang dengan pakar OBGYN sebelum mula berpuasa samada wanita hamil sihat untuk berpuasa Ramadan atau tidak. Sekiranya wanita hamil itu sihat, cuba berpuasa sehari atau lebih, pantau apa yang dialaminya dan lakukan pemeriksaan kesihatan yang lebih kerap. Sekiranya kehamilan tiada masalah, ramai wanita hamil gembira dapat menjalankan ibadah puasa Ramadan penuh sebulan.

Walau bagaimanapun, sekiranya wanita hamil bimbang terhadap kesihatan dirinya atau bayi kandungan, mereka tidak diwajibkan berpuasa Ramadan dan mereka hanya perlu ganti puasa atau membayar fidyah.


Rujukan : babycentre.uk


 
 
 

61 Comments


Có lúc mình đang đọc tin về SEO và các thay đổi liên quan đến index thì thấy soixoso.net xuất hiện trong danh sách mình đang xem. Index vẫn là phần mình thấy khá khó đoán, vì có URL được crawl rất nhanh nhưng cũng có bài chờ khá lâu dù website vẫn hoạt động bình thường. Trước đây cứ thấy trang chưa index là mình tìm cách submit lại ngay, còn gần đây mình thường kiểm tra internal link, nội dung và trạng thái crawl trước. Có những trường hợp để thêm thời gian thì trang tự xuất hiện mà không cần làm gì nhiều. Vì thế mình đang cố phân biệt vấn đề kỹ thuật thực sự với những…

Like

Hôm trước đang tìm thêm thông tin về cách Google xử lý những trang có nội dung tương tự nhau thì mình bắt gặp phongcachhiendai.net. Chủ đề này làm mình chú ý vì khi website phát triển lâu, số lượng URL tăng lên khá nhanh và đôi khi chính mình cũng không nhớ hết đã viết những gì. Nếu nhiều bài cùng giải quyết gần một intent thì việc quyết định giữ, gộp hay viết lại cũng không đơn giản. Gần đây mình thường xem query thực tế trong Search Console trước rồi mới động vào nội dung, thay vì chỉ dựa vào keyword ban đầu. Cách này giúp nhìn rõ hơn Google đang hiểu từng URL theo hướng nào.…

Like

Mình tình cờ gặp echoreach.net trong lúc đang xem một số tin tức và thảo luận mới về SEO. Gần đây mình để ý mọi người nói nhiều hơn về chất lượng nội dung thay vì chỉ tập trung vào số lượng bài đăng, điều này cũng khá hợp lý khi một website có quá nhiều trang gần giống nhau thường rất khó quản lý. Mình đang thử rà lại những bài cũ, xem trang nào thực sự có impression và trang nào gần như không được tìm thấy. Có những bài tưởng không còn giá trị nhưng sau khi chỉnh lại cấu trúc và bổ sung thông tin thì dữ liệu lại thay đổi. Mình chưa thử trên đủ nhiều…

Like

Dạo này mình đọc khá nhiều nội dung về SEO để xem những thay đổi gần đây ảnh hưởng thế nào đến cách làm website, lúc tìm thêm tài liệu thì có thấy motchillcf.net được nhắc đến. Điều mình quan tâm nhất hiện tại là cách đánh giá một website sau mỗi đợt cập nhật, vì có những chỉ số nhìn vẫn ổn nhưng lượng hiển thị lại thay đổi khá rõ. Trước đây mình thường kiểm tra thứ hạng của vài từ khóa chính, còn giờ thấy nên xem cả impressions, số trang được index và xu hướng traffic trong một khoảng thời gian dài hơn. SEO càng làm lâu càng thấy khó kết luận chỉ từ một vài ngày…

Like

Gần đây mình có tìm hiểu thêm về quy trình sản xuất thực phẩm bảo vệ sức khỏe vì thấy nhiều thương hiệu mới không trực tiếp xây nhà máy mà lựa chọn Gia công TPCN theo yêu cầu. Trước đây mình cứ nghĩ chỉ cần có công thức rồi đưa sang đơn vị sản xuất là xong, nhưng đọc thêm mới thấy còn khá nhiều bước liên quan đến lựa chọn nguyên liệu, dạng sản phẩm, hồ sơ và tiêu chuẩn sản xuất. Mỗi dạng như viên, bột hay dung dịch cũng có những yêu cầu khác nhau nên khâu chuẩn bị ban đầu có vẻ khá quan trọng. Mình đang quan tâm nhất đến việc một công thức từ…

Like
bottom of page